Saturday 24 September 2011

Pasukan negeriku....sokong sampai bile2


Sudah lama x tgk pasukan ini menyinar dalam pentas liga Malaysia..tp tahun ni diriku tengok Pasukan perak akan bangkit semula dalam usaha menyaingi pasukan lain dalam kancah Piala Malaysia. Walauapapun terjadi PERAK FA tetap menjadi pasukan kesayangan dan akan diriku memberi sokongan walau jauh di seberang.
Apa yang diriku yang banggakan pasukan dapat mengorak langkah ke suku Akhir Piala Malaysia walaupun tanpa 5 tonggak utama dalam pasukan. Diriku tak indahkan apa orang lain nak katakan asalkan Pasukan Perak dapat perform dgn dalam setiap perlawanan.

Diriku mahu cerita sikit pasal pasukan kesayanganku...begini cerite nye......

  • Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala Malaysia yang pertama pada tahun 1967.
  • Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala F.A yang pertama pada tahun 1990.
  • Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala Malaysia yang pertama kali dipertandingkan di Stadium Bukit Jalil pada 1998.
  • Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala Malaysia pada Alaf baru tahun 2000.
  • Chan Kok Heng tidak pernah bermain dengan pasukan lain, selain dari Perak sejak 1988 dan memegang No Lesen: FAMP002PK. Beliau sememangnya layak mendapat sedikit ganjaran dari Kerajaan negeri atas kesetiaan yang ada pada dirinya.
  • Laszlo Repasi yang mewakili Perak selama 1/2 pusingan liga 1999, berjaya memiliki anugerah kasut emas kerana menjadi penjaring terbanyak liga, Bayangkan jika beliau bermain dari awal liga. 
  • Perbicaraan terpanjang dalam sejarah bola sepak Malaysia apabila jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang, dihukum gantung sehingga hari terakhir musim 1999. Keputusan itu diumumkan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas tiga mesyuarat yang memakan masa hampir 10 jam, termasuk dua penangguhan, bermula dengan mesyuarat pertama pada 28 Oktober 1999.
  • 3/11/99 - RISIKO yang diambil pengendali Perak, Karl Heinz Weigang dengan hadir di Stadium Perak nyata berbaloi apabila anak buahnya mengukir kemenangan 2-1 ke atas Terengganu di Ipoh. Weigang yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta mengingkari arahan doktor supaya berehat kerana sedar kehadirannya di tepi padang amat diperlukan.
  • Nov 1999 - Langkah menurunkan pemain muda seperti Indra Putra Mahayuddin dan K Nanthakumar dalam saingan bola sepak Piala Malaysia musim ini terutama ketika menentang Selangor bertujuan `membunuh dua burung dengan satu batu'. Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang berkata tindakan itu bertujuan memberi pendedahan kepada mereka.
  • Oct 1999 - Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang menuntut corak agresif dan bukan perlakuan kasar daripada anak buahnya apabila turun menentang Selangor dalam saingan bola sepak Piala Malaysia. "Saya berharap pemain Perak memahami istilah agresif yang sebenarnya. Ia tidak sama dengan bertindak kasar terhadap lawan," katanya.
  • Oct. 1999 -Tuntutan Karl Heinz Weigang mengenai bayaran khidmatnya yang masih terhutang ketika menjadi jurulatih negara, 18 tahun lalu, enggan dilayan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pendirian itu dinyatakan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, yang tampak tersinggung dengan cara Weigang mengemukakan tuntutan itu menerusi media massa.
  • Oct. 1999 - Pengendali pasukan bola sepak Perak, Karl Heinz Weigang, semalam membuat laporan polis terhadap dakwaan serius yang dilemparkan kepadanya oleh pegawai perlawanan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang disiarkan media massa tempatan. Pengendali dan jurulatih Perak itu membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira jam 2.45 petang berikutan dakwaan pegawai perlawanan dan FAM, kononnya dia menawarkan RM25,000 setiap seorang kepada pegawai perlawanan Perak menentang Pulau Pinang, selain melemparkan kata-kata kecaman terhadap mereka sebaik tamat perlawanan.
  • Oct. 1999 - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamzah Abu Samah dan bekas setiausahanya, Datuk Paul Murugasu diminta menjawab kesahihan dakwaan bahawa badan berkenaan masih berhutang dengan bekas jurulatihnya, Karl Heinz Weigang. Weigang yang kini jurulatih Perak, berkata badan itu tidak menunaikan janjinya selepas memimpin pasukan kebangsaan lewat 70-an dan awal tahun 80-an.
  • 25 Oct. 1999 - Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang mempertikai langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menugaskan empat pegawai dari Selangor bagi mengendalikan perlawanannya dengan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, malam kelmarin. "Bagaimana mereka boleh menghantar empat pegawai dari Selangor untuk mengadili perlawanan ini sedangkan Selangor juga berada dalam kumpulan yang sama dengan kami.
  • 25 Oct. 1999 - Kemarahan jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang terhadap pegawai perlawanan tidak dapat dibendung hingga mendorongnya menegur mereka selepas perlawanan dengan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, malam kelmarin. Weigang yang masuk ke padang selepas perlawanan untuk mengucapkan tahniah kepada anak buahnya berikutan persembahan `menakjubkan' menegur dua pengadil, S Selarajan dan Azmi Abdullah serta dua penjaga garisan, Mohd Rodzali Yacob dan Danny Ong Kim Heng - kesemuanya dari Selangor - dengan berkata - "Tidak malukah anda dengan apa yang anda lakukan, malam ini."
  • Sept. 1999 - Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang, mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama dianugerahkan denda tertinggi oleh Lembaga Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Weigang diarah membayar denda berjumlah RM8,000 selepas didapati bersalah dalam kedua-dua kes disiplin membabitkannya yang diadili oleh lembaga itu, semalam.
  • 9/10/2000 ...tetapi apa sahaja bentuk bantuan dan kelebihan yang diberikan kepada Selangor oleh pegawai perlawanan, saya percaya mereka tidak akan menjadi juara Piala Malaysia tahun ini,'' dakwa Weigang lagi.
    Dalam perlawanan separuh akhir pertama itu juga, Weigang menyifatkan pemain-pemain Selangor, termasuk pemain kebangsaan, sebagai ''pelakon terbaik''----> Kenyataan Weigang selepas perlawanan Perak Selangor di Shah Alam.
  • 13/04/1999 Hukum saya bukan Perak.'Jika FAM berasa tidak puas hati dengan saya, hukumlah saya tetapi jangan babitkan pasukan Perak,'' kata Weigang. Perak, juara Piala Malaysia musim lalu, tumpas buat pertama kali di gelanggang sendiri dalam aksi Perdana Satu, tumpas 2-3 kepada Brunei, Sabtu lalu. Perak bermain 10 orang pada minit ke-73 selepas penjaga golnya, Razmi Razuan dibuang padang kerana mengasari pemain Brunei, Ali Momin yang dikatakan membangkitkan kemarahan Weigang.Tindakan pengadil perlawanan, B. Pandian memerintahkan penjaga gol itu keluar padang menyaksikan Weigang melutut dan menyembah Pandian dan penjaga garisan, Mohd. Sukri Mat Amin sebagai tanda tidak puas hati seolah-olah tindakan pengadil itu sengaja menganiaya beliau''Saya tidak tahu sama ada tindakan itu ditujukan kepada saya atau Perak tetapi jika saya tidak disukai di Malaysia, saya boleh pergi,'' ujar Weigang yang menafikan tindakannya bukan kerana pasukannya tewas kepada Brunei.
  • 10/12/98 Ibarat gunung berapi yang sedang menunggu masa untuk meletup, begitu jugalah rahsia yang selama ini cuba ditutup oleh pengurusan pasukan Perak, akhirnya terbongkar jua. Hakikatnya, ketegangan hubungan antara jurulatih Karl Weigang dan penyerang import, Laszlo Repasi sampai ke kemuncaknya petang kelmarin apabila mereka terbabit dalam satu pergaduhan. Difahamkan, punca Weigang benci kepada Repasi bermula apabila pemain itu dikatakan sengaja memberi alasan cedera agar tidak diturunkan dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia yang lalu. Berikutan itu, Repasi tidak pernah diturunkan dalam empat perlawanan terakhir termasuk dalam perlawanan separuh akhir menentang Negeri Sembilan.
  • 02/06/98 Weigang akan berlepas ke Paris hari ini untuk menerima anugerah khas dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana jasa-jasanya dalam meningkatkan mutu bola sepak. Selepas itu, jurulatih dari Jerman tersebut akan melaksanakan beberapa tugas yang diberikan oleh FIFA di Pyongyang, Korea Utara.
  • 24/10/2000 Weigang dikatakan tidak mempunyai kontrak langsung dengan PAFA tetapi menawarkan khidmatnya atas dasar hubungan baiknya dengan pasukan negeri ini. Dia yang menggantikan Tornstern Spittler secara mengejut di pertengahan musim berjaya meletakkan Perak kembali ke landasan sebenar selepas Perak terumbang-ambing di bawah kendalian Spittler
  • 2001 membawa sejarah untuk Noizam Ali Hasan bersama Perak. Beliau yang memenagi anugerah kasut emas Primier 1 tetapi malangnya sikap sambil lewa FAM dalam penyerahan kasut emas tersebut amat dikesali oleh peminat bola sepak Perak.
  • PASUKAN NEGERI PERAK JUGA TIDAK PERNAH TERCICIR DARI PERTANDINGAN PIALA MALAYSIA SEJAK IANYA DIPERKENALKAN HINGGA HARI INI (2002)
  • April 2002 - Perak meraih RM40,000 selaku juara liga pusingan pertama Liga M musim 2002. Ini adalah tahun yang berbeza dengan sebelum ini kerana Perak sebelum ini Perak di cap sebagai pasukan lambat panas.

Tuesday 20 September 2011

Rugby is my game


Ragbi...ramai orang kata sukan ini ganas la, banyak bagi injured la dan macam lagi..tapi bagi diriku sukan ini adalah sukan yang memerlukan kemahiran dari segi fizikal dan mental apabila beraksi di padang selama 90 minit. Diriku telah menceburi sukan ini sejak tingkatan 4 semasa belajar di Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar. Disitulah tempat untuk diriku mengasah bakat dan dapat tempat kesebelasaan utama dalam pasukan    
.
Sudah banyak pertandingan yang telah diriku sertai baik di Sekolah Teknik mahupun di Universiti sekarang. Apa yang penting bukan kepuasan apabila bermain sebaliknya perlu mendapatkan pengalaman semasa bermain dengan pihak lawan. Kalau nak dikenang dah jauh rasenya diriku ini pergi...tapi rasenye tak cukup lagi kot masih banyak perlu perbaiki dalam diri ini.

Kenangan paling terindah semasa bermain di Sekolah Teknik dapat mewakili Pasukan Perak ke peringkat Kebangsaan dalam Kejohanan Antara Teknik di Sekolah Menengah Teknik Kerian, Perak. Walaupun mendapat naib johan kategori Plate memang puas main bersama2 rakan lain dalam usaha untuk menaikkan nama sekolah. Alhamdullilah selepas kejayaan kami di KAT 2009, sekolah diriku telah banyak jemputan untuk pertandingan di luar sana.

Posisi bagi diriku Prop pada bahagian Foward. Bahagian memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi kerana bahagian ini selalu membuka ruang untuk pasukan mara ke hadapan. selain itu, ia juga benteng yang kuat semasa bertahan. Nak katakan cedera dah banyak kali dah rase habis bercalar badan dibuat tapi apa boleh buat dah minat dengan sukan ini.



Hari raya ku tersangkut di UPMKB


Ini adalah hari yang tidak dapat dilupakan selepas diriku membimbing ahli blok D dan I yang lain untuk merangkul hadiah sempena Hari Raya Aidilfitri di UPMKB. kejayaan ini tidak diperolehi tanpa bantuan dan  semangat  dari rakan-rakan yang banyak membantu dalam menjayakan program ini. Diharapkan suatu hari nanti lebih banyak kejayaan akan dirangkul oleh kedua2 blok ini..amin

Banyak aktiviti hari raya di UPMKB yang dilakukan seperti menganyam ketupat, menghiasi kawasan UPMKB, aktiviti kebudayaan dan program ziarah hari raya di kampung-kampung di sekitar Bintulu.

Walaupun rasa berjauhan dengan keluarga di seberang, tipulah diriku kata tak sedih, sedih untuk hari raya pertama je..tapi bila dah sertai program ni seronoknya dan telah datang semangat baru dalam diri ini untuk berhari raya dengan rakan-rakan yang lain yang tidak balik berhari raya.

Dalam banyak perkara yang berlaku semasa berhari raya di sini cuma ada satu perkara yang mengubati hati ini..lupakan yang tu janji dapatlah juga rasa berhari raya di perantauan iaitu di Bumi Kenyalang. Seterusnya hari raya ini telah menerangi jiwa diriku..

kat sini diriku ingin tunjukkan beberapa gambar sepanjang aktiviti hari raya di UPMKB dan sekitar Bintulu...












Terangi jiwa anda dimana anda berada....Allah sentiasa bersama kita..

Kepuasan diriku 2

















Ini adalah sambungan untuk kepuasan diriku yang lalu, gambar di atas menunjukkan betapa gembira kami apabila berada di Bandaraya Kuching Bumi Kenyalang. Kami melancong selama 3 hari tapi kami rasa masa cemburui kami untuk pergi ke semua tempat yang menarik yang ada di Bandaraya Kuching ini. Ini pun sudah memadai dan bersyukur kerana diberi kesempatan oleh illahi untuk sampai di sini.

Antara tempat menarik yang kami pergi Waterfront, Fort Magaretta, Muzium Cina Kuching, China streets dan jalan-jalan ambil angin sambil cuci mata. Perkara yang palin seronok bila naik bot pusing sungai kuching dengan melihat keindahan bandaraya Kuching diikuti dengan air sungai yang bersih dan dijaga dengan baik oleh Dewan Bandaraya.

Apapun trip melancong hari raya sangat enjoy dan tidak dapat dilupakan. kalau ada rezeki bolehlah melancong ke tempat menarik yang ada di negara Malaysia yang tercinta ini..

Kepuasan diriku


Pada tanggal 31 Ogos 2011, bersamaan hari kemerdekaan negara dan sambutan hari raya, saya Muhammad Hafiz dan rakan saya Ahmad Fahmi telah pergi trip ke Kuching sempena menyambut hari di perantauan iaitu di bumi kenyalang. Telah lama saya mengimpikan trip ini syukur sampai juga kami. Gambar di atas adalah tugu bagi simbolik Bandaraya Kuching yang terletak ditengah2 Bandaraya Kuching