Tuesday 20 September 2011

Kepuasan diriku 2

















Ini adalah sambungan untuk kepuasan diriku yang lalu, gambar di atas menunjukkan betapa gembira kami apabila berada di Bandaraya Kuching Bumi Kenyalang. Kami melancong selama 3 hari tapi kami rasa masa cemburui kami untuk pergi ke semua tempat yang menarik yang ada di Bandaraya Kuching ini. Ini pun sudah memadai dan bersyukur kerana diberi kesempatan oleh illahi untuk sampai di sini.

Antara tempat menarik yang kami pergi Waterfront, Fort Magaretta, Muzium Cina Kuching, China streets dan jalan-jalan ambil angin sambil cuci mata. Perkara yang palin seronok bila naik bot pusing sungai kuching dengan melihat keindahan bandaraya Kuching diikuti dengan air sungai yang bersih dan dijaga dengan baik oleh Dewan Bandaraya.

Apapun trip melancong hari raya sangat enjoy dan tidak dapat dilupakan. kalau ada rezeki bolehlah melancong ke tempat menarik yang ada di negara Malaysia yang tercinta ini..

No comments:

Post a Comment