Tuesday 20 September 2011

Hari raya ku tersangkut di UPMKB


Ini adalah hari yang tidak dapat dilupakan selepas diriku membimbing ahli blok D dan I yang lain untuk merangkul hadiah sempena Hari Raya Aidilfitri di UPMKB. kejayaan ini tidak diperolehi tanpa bantuan dan  semangat  dari rakan-rakan yang banyak membantu dalam menjayakan program ini. Diharapkan suatu hari nanti lebih banyak kejayaan akan dirangkul oleh kedua2 blok ini..amin

Banyak aktiviti hari raya di UPMKB yang dilakukan seperti menganyam ketupat, menghiasi kawasan UPMKB, aktiviti kebudayaan dan program ziarah hari raya di kampung-kampung di sekitar Bintulu.

Walaupun rasa berjauhan dengan keluarga di seberang, tipulah diriku kata tak sedih, sedih untuk hari raya pertama je..tapi bila dah sertai program ni seronoknya dan telah datang semangat baru dalam diri ini untuk berhari raya dengan rakan-rakan yang lain yang tidak balik berhari raya.

Dalam banyak perkara yang berlaku semasa berhari raya di sini cuma ada satu perkara yang mengubati hati ini..lupakan yang tu janji dapatlah juga rasa berhari raya di perantauan iaitu di Bumi Kenyalang. Seterusnya hari raya ini telah menerangi jiwa diriku..

kat sini diriku ingin tunjukkan beberapa gambar sepanjang aktiviti hari raya di UPMKB dan sekitar Bintulu...












Terangi jiwa anda dimana anda berada....Allah sentiasa bersama kita..

No comments:

Post a Comment