Tuesday 20 September 2011

Rugby is my game


Ragbi...ramai orang kata sukan ini ganas la, banyak bagi injured la dan macam lagi..tapi bagi diriku sukan ini adalah sukan yang memerlukan kemahiran dari segi fizikal dan mental apabila beraksi di padang selama 90 minit. Diriku telah menceburi sukan ini sejak tingkatan 4 semasa belajar di Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar. Disitulah tempat untuk diriku mengasah bakat dan dapat tempat kesebelasaan utama dalam pasukan    
.
Sudah banyak pertandingan yang telah diriku sertai baik di Sekolah Teknik mahupun di Universiti sekarang. Apa yang penting bukan kepuasan apabila bermain sebaliknya perlu mendapatkan pengalaman semasa bermain dengan pihak lawan. Kalau nak dikenang dah jauh rasenya diriku ini pergi...tapi rasenye tak cukup lagi kot masih banyak perlu perbaiki dalam diri ini.

Kenangan paling terindah semasa bermain di Sekolah Teknik dapat mewakili Pasukan Perak ke peringkat Kebangsaan dalam Kejohanan Antara Teknik di Sekolah Menengah Teknik Kerian, Perak. Walaupun mendapat naib johan kategori Plate memang puas main bersama2 rakan lain dalam usaha untuk menaikkan nama sekolah. Alhamdullilah selepas kejayaan kami di KAT 2009, sekolah diriku telah banyak jemputan untuk pertandingan di luar sana.

Posisi bagi diriku Prop pada bahagian Foward. Bahagian memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi kerana bahagian ini selalu membuka ruang untuk pasukan mara ke hadapan. selain itu, ia juga benteng yang kuat semasa bertahan. Nak katakan cedera dah banyak kali dah rase habis bercalar badan dibuat tapi apa boleh buat dah minat dengan sukan ini.



No comments:

Post a Comment